Selasa, 7 Disember 2021

Khabar Gembira dari Perak

Mendapat khabar gembira dari kakak yg dah lama memohon tukar balik ke negeri asal. Alhamdulillah. Sebelum ni kakak mengajar di Kota Marudi, Sarawak, kemudian berpindah ke Beruas, Perak. Setelah berkelana di bumi asing selama berbelas2 tahun hampir puluhan tahun, akhirnya Allah izinkan utk kembali ke bumi sendiri, Syukur ke hadrat Ilahi.

Sebelum ni pernah membuat permohonan pertukaran setiap tahun, tp x pernah dpt, akhirnya tahun ni x sempat nk apply permohonan baru, result pertukaran dh diluluskan. Itulah hebatnya perancangan Allah, kita tidak tahu apa hikmah di sebalik percaturan yg Allah buat, tetapi yakin segala ketentuan Allah bukanlah sesuatu yg sia2... Betapa hebatnya perancangan Allah, menangguh pemberian bila bukan pada masanya, dan memberi yg terbaik bila dh tiba waktunya.

Semoga kakak ditempatkan di sekolah yg berdekatan dgn rumah bg memudahkan urusan harian, di samping dapat tinggal bersama ibu dan nenek yg sudah tua.

Teringat peristiwa ketika mana Rasulullah rindukan kampung halamannya di Makkah Mukarramah. Kerinduan itu datang di saat Rasulullah berhijrah ke Kota Madinah bersama sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq di atas perintah Allah. Tempat yg banyak kenangan manis yg sukar dilupakan, bak kata org2 dahulu 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lbh baik di negeri sendiri.

Blh klik link di bawah utk sama2 kita hayati kerinduan Rasulullah ke kampung halaman, semoga perkongsian ini menambahkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah teladan.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Permohonan dan Kemasukan Ke MSU

PERMOHONAN MSU (Management & Science University) MSU merupakan sebuah pusat pengajian tinggi yang terkenal dan tersenarai di dalam World...