Sejak akhir2 ini, byk berita tentang kematian yg kita dengar saban hari, sebelum ni dgr berita org jauh2 tp sekarang orang yang dekat dengan rumah kita atau sedara mara kita sendiri.
Baru2 ni berlaku satu peristiwa kematian dalam family terdekat Acudah. Mati akibat kemalangan jalan raya. Allah nk amik sekejap je. Mmg terkesan dengan kematian dia.
Kematiannya mengajar pentingnya menghargai seseorang ketika masih ada. Walau bagaimana pun perangai orang sekeliling kita... Sgt penting kita hargai dan berikan kasih sayang secukupnya. Bukan dengan mencari kekurangan seseorang sedangkan kita sendiri pun banyak keaiban2.
Pandangan kita belum tentu sama dengan pandangan Allah. Kejahilan kita dalam menilai seseorang x sama dengan penilaian Allah.
Allah Maha Penyayang, Allah amik dia, permudahkan segala urusan dia, bagi syahid di jalan raya dan terus diambil nyawa ke sisiNya... Sempat mengucap dengan lancar dan sempurna.
Sekarang bila dah tiada, semua mulut bagai terkunci, xde dah la cerita pasal dia. Lepas kematian baru Allah buka satu persatu pintu kebaikan dia.
Subhanallah, kadang2 kita x sangka .. Kdg2 kita nmpk mcm dhaifnya seseorg di mata kita yg jahil, rupanya sgt hebat di sisi Allah... Subhanallah.
Bile teringat semula kepada aturan Allah atas setiap hambaNya... Rasa sedih dan tersentuh sgt.... Mula belajar menilai semula sejauh mana kita hargai org yg ada di sekeliling kita... Org yg terdekat dgn kita terutamanya, suami, isteri, anak2, cucu cicit, ipar duai dll...
Apa yg dpt belajar dr peristiwa ni, jika Allah bg kita kelebihan dr segi harta, kesihatan, kelapangan hidup, kemudahan dalam segala hal, jangan kita mudah berbangga menyombongkan diri, angkuh bila berbicara, ego dan keras kepala sedangkan kita sendiri byk lg yg perlu diperbaiki.
Allahu kerdil rasanya... Ade sesetgh org blh menerima dan muhasabah semula segala yg telah berlaku dan ade sesetgh yg memilih yg sebaliknya... Kerana tebalnya sebuah keegoan, sedangkan sifat ego itulah yg menyebabkan ke neraka jahanam, iblis dan syaitan dihumban...
Setakat tu je luahan perasaan, saje nk share agar dijadikan peringatan utk diri2 kita yg hina ini... Tlg tegur jika ade yg tersilap dlm berbicara... Semoga kita sama2 dpt ambil ibrah/pengajaran... In Shaa Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan